Bagaimana
Amy Mula Minat Menjadi Pramugari
ika kisah yang lalu
anda sudah mengikuti kenangan manis Amy Mastura ketika zaman kanak-kanaknya
berhari raya dengan 10 pasang baju raya, kali ini kita ikuti pula bagaimana
bermulanya masa depan Amy selepas meninggalkan alam persekolahan. Kata
Amy selepas tamat tingkatan lima Amy dan teman-teman sebaya yang lain menyimpan
angan-angan untuk menjawat jawatan tinggi. Selain dapat menikmati gaji
yang lumayan, menjawat jawatan tinggi juga boleh memberi peluang kepada
Amy untuk bergaya dengan pakaian yang serba elegan.
Meskipun Amy adalah seorang yang gemarkan kesederhanaan
namun bila bab melaram, Amy adalah orang yang pertama sekali akan ke depan.
Bercerita tentang masa depan, Amy sebenarnya tidak pernah menyimpan angan-angan
untuk menjadi pramugari seperti mana yang kita ketahui. Sebaliknya, Amy
pernah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia Institute
Of Art (MIA) mengikut kawan baik Amy iaitu Lilian yang berpeluang belajar
di institut itu. Bagaimanapun apabila Amy menyuarakan hasrat itu kepada
ibu bapanya, mereka mencadangkan Amy memilih jalan kerja yang lain. Bercerita
mengenai jawatan pramugari ini juga, teingat Amy pada satu cerita di mana
semasa berada di tingkatan lima, Amy dan beberapa kawan-kawannya merupakan
orang yang paling kuat sekali mentertawakan kawan-kawan yang lain yang
menyuarakan hasrat untuk bertugas di awan biru.
Apabila ada sahaja kawan-kawan yang memberitahu
mahu bekerja sebagai pramugari mulalah Amy dan rakan-rakannya akan mentertawakan
mereka kononnya kerja sebagai pramugari susah dan membebankan. Tetapi entah
macam mana Amy mula memohon jawatan itu dengan Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS) apabila terpandang iklan dalam surat khabar dan apabila Amy memberitahu
beberapa teman baiknya mengenai perkara itu, mereka pula mentertawakan
Amy. Bagaimanapun, Amy tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi kepada
permohonan itu kerana Amy pasti tidak akan diterima kerja kerana Amy dapat
rasakan ketinggian Amy tidak mencukupi. Hari berganti hari, entah macamana
suatu hari Amy telah dipanggil untuk temuduga jawatan itu di Ipoh. Pada
mulanya Amy tidak mahu pergi tetapi ibu Amy memberi cadangan supaya mencuba
nasib. Kali pertama menghadiri temuduga itu, Amy gagal. Biarpun gagal,
Amy tidak pernah kecewa. Bagaimanapun MAS memanggil Amy untuk menghadiri
temuduga buat kali kedua dan Amy berjaya.
Sebaik sahaja mendapat tahu di terima menjadi pramugari
Amy mula rasa serba salah sama ada mahu menerimanya atau tidak. Pertama
sekali Amy takut kehilangan rakan-rakan baik semasa di sekolah di samping
terpaksa meninggalkan kaum keluarga. Selain itu dalam masa yang sama Amy
gembira kerana dapat berjalan ke merata-rata tempat apabila menjadi pramugari
nanti. Apabila sekali lagi menyuarakan perkara itu kepada ibu Amy, dia
gembira dan menasihati Amy agar menerima peluang tersebut kerana bukan
mudah untuk memohon jawatan itu. Selepas mendengar nasihat ibunya, Amy
menerimanya. Ini juga bermakna Amy terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur untuk
mengikuti latihan sebagai pramugari .
Pada tahun 1989 bermulalah lembaran baru dalam hidup
Amy. Penghijrahan ke Kuala Lumpur memaksa Amy tinggal dengan bapa saudaranya
Pak Hassan. Semasa bersamanya, dia melayan Amy seperti anaknya sendiri.
Pada mulanya, tinggal di Kuala Lumpur agak sukar juga bagi Amy untuk menyesuaikan
keadaan kerana belum pernah lagi Amy berjauhan dari keluarga. Selepas tamat
latihan selama lebih tiga bulan, Amy kemudiannya di tukarkan ke Kuching,
Sarawak untuk bertuga dengan pesawat Fokker 27. Ketika itu sudah menjadi
tradisi bagi pramugari junior ditugaskan dengan pesawat jeni itu dan Amy
bersama tujuh orang rakan Amy telah dipilih untuk bertugas di situ.
Kira-kira enam bulan bertugas di situ, Amy kemudiannya
di tukarkan semuala ke Kuala Lumpur dan bertugas di pesawat Boeing 737
untuk penerbangan tempatan. Alhamdulullah Amy telah memberi sepenuhnya
komitmen Amy kepada tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
Kemuadian dia ditukarkan lagi dari perkhidmatan dalam negara ke perkhidmatan
antarabangsa. Perth merupakan destinasi pertama yang Amy tuju sebaik sahaja
ditugaskan di bahagian penerbangan antarabangsa. Kemudiannya disusuli pula
destinasi-destinasi antarabangsa yang lain. Bertugas sebagai pramugari
sebenarnya banyak mendedahkan Amy kepada dunia yang lebih luas. Tugas di
awan biru banyak memberi peluang kepada Amy untuk berinteraksi dengan pelbagai
lapisan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum.
Adakalanya terasa pula diri ini glamour kerana
kami sentiasa ditekankan dengan penampilan diri yang baik. Malah kami perlu
berada dalam keadaan yang sentiasa bergaya kerana mahu menjaga reputasi
dan imej MAS. Penglibatan Amy sebagai pramugari MAS buka nsekadar bertugas
sebagai pramugari sahaja, sebaliknya ada cerita yang menarik sehingga membawa
Amy ke dunia seni suara.